Jelita persis bonda, kecantikan puteri Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah jadi perhatian warganet

20 Jun 2023 • 7:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

JELITA persis bonda baginda, kelibat Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah sentiasa menjadi perhatian.

Diputerakan pada 18 Disember 1996, Tengku Nadhirah Zahrah sering kali muncul dalam pelbagai majlis bersama keluarga dan rakyat jelata.

Terbaru, puteri sulung Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah muncul di Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Keputeraan Ke-61 ayahanda baginda di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

image is not available

Dalam majlis berkenaan, Tengku Puteri Utama Tengku Nadhirah Zahrah tampil manis dalam persalinan kurung songket dan berselendang biru.

image is not available

Keayuan baginda persis bonda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang sentiasa tampil anggun dan kemas.

image is not available

image is not available

Tidak hanya itu, puteri berusia 26 tahun yang merupakan graduan University for the Creative Arts, United Kingdom itu juga mencintai aktiviti menyelam.

image is not available

Puteri sulung ini turut berkongsi minat dengan ayahandanya.

image is not available

Tengku Nadhirah Zahrah turut memuat naik foto aktiviti menyelam skuba sambil menghayati keindahan di dasar laut.

image is not available

image is not available

Kakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, 24, Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota, Raja Tengku Muhammad Mua’az, 22, dan Tengku Fatimatuz Zahra’, 20, menjadi perhatian warganet.

image is not available

Warga maya di laman sosial rata-rata memuji keanggunan Tengku Puteri Utama Terengganu ini.

Ujar mereka:

– “Cantiknya Tengku Nadhirah, daulat Tuanku.”

– “Masya-ALLAH lawa sangat.”

– “Masya-ALLAH cantiknya Tengku.”

– “Cantik persis bonda.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

View Original Article