Jemaah Akhirnya Dapat Sentuh Semula Kaabah Selepas 2 Tahun Lebih Dihalang

3 Aug 2022 • 5:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas 2 tahun setengah lamanya jemaah dihalang untuk menyentuh Kaabah akibat pandemik Covid-19, terkini Arab Saudi memutuskan untuk mencabut penghalang di keliling Kaabah.

Perkara itu diumumkan oleh Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais pada semalam (2 Ogos 2022).

Kaabah sebelum ini dilarang untuk disentuh pada Mac 2020 bagi membendung penularan virus itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.