Jemaah derma hampir RM30,000, tapi imam tarawih dapat RM3,000

13 Nov 2026 • 2:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jemaah derma hampir RM30,000, tapi imam tarawih dapat RM3,000

PETALING JAYA – Pengurusan sebuah masjid didakwa memberikan bayaran RM3,000 setiap seorang kepada dua imam tarawih jemputan, sedangkan jumlah sebenar tabung khas dikhususnya untuk kutipan daripada jemaah mencecah hampir RM30,0000.

Kedua-dua mereka dijemput untuk mengimamkan solat sunat tarawih itu sepanjang 28 Ramadan, manakala tabung khas berkenaan diwujudkan pihak masjid pada asalnya untuk memberi peluang kepada jemaah menyumbang seikhlas hati kepada perkhidmatan dua imam tersebut.

Menerusi perkongsian seorang individu pada Threads, lelaki itu mendakwa, kedua-dua imam itu menerima bayaran dengan jumlah tidak sepatutnya selepas dipercayai berlaku sikap tidak berpuas hati dalam kalangan pengurusan masjid tersebut.

“Pengalaman menguruskan tabung khas imam tarawih. Bilal, bendahari tak puas hati sebab tabung khas imam tarawih untuk dua imam jemputan. Kutipan sampai 28 Ramadan bila buka tabung tu dia, hampir RM30,000.

“Bilal hasut nazir, mesyuarat sama dengan ahli mesyuarat, sepakat bagi RM3,000 seorang je lah imam. Baki masuk pengurusan maajid. Padahal tabung pengurusan dan infak dah ada. Tabung tu khusus untuk imam tarawih jemputan,” katanya berkongsi kisah pada di ruangan komen pada satu hantaran di Threads.

Individu itu mendakwa, kejadian itu berlaku sewaktu dia menjadi imam dan dalam masa sama bertanggungjawab untuk menjaga tabung khusus bagi imam tarawih jemput.

“Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan masjid, cuba lah nanti masa bulan Ramadan, buka satu tabung khas untuk imam tarawih dan bilal tarawih. Hasilnya nanti tengok lah, terbuka mata semua. Mereka akan ada yang tidak setuju.

“Masa (kejadian) tu, ana (saya) lah imam tarawih, dalam masa sama saya jaga tabung tu. Tak sangka lah bila buka, nah siap pertikai. Ustaz jadi imam lapan rakaat je pun bukan 20. weh ang (kamu) ingat nak ulang (mengingati dan baca) al-Quran tak susah ke? Gaduh juga,” katanya yang telah meletakkan jawatan imam masjid.

Individu itu berkongsi pengalamannya menerusi ruangan komen seorang pengguna Threads berhubung ‘sisi gelap’ menjemput imam tarawih.

Seorang lagi individu turut berkongsi kisah hampir sama melibatkan imam tarawih jemputan yang juga seorang pelajar tahfiz menjadi imam sepanjang Ramadan di sebuah masjid.

“Terjadi lebih kurang di salah satu masjid di kampung saya. Ada hamba Allah ni dah niat nk bagi saguhati kat imam tarawih sebab imam ni budak tahfiz nak sambung belajar dan bagitahu bendahari masjid tu, eh terus dia cakap kira sumbangan tu sebagai gaji lah.

“Jadi duit tabung masjid simpan buat benda lain. Geram ye, jadi untuk tahun seterusnya, saya pesan pada penyumbang tu jangan bagitahu bendahari. Akhir Ramadan bagi sendiri kat imam tarawih tu sebagai saguhati lepas dia dapat bayaran daripada masjid,” komen individu tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Jemaah derma hampir RM30,000, tapi imam tarawih dapat RM3,000 appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved