Jemaah Haji Cari Kubur Arwah Ibu Di Tanah Suci, Burung Merpati Jadi Petunjuk 'Misteri'

Travel
19 May 2026 • 4:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jemaah Haji Cari Kubur Arwah Ibu Di Tanah Suci, Burung Merpati Jadi Petunjuk 'Misteri'

Jemaah Haji Cari Kubur Arwah Ibu Di Tanah Suci, Burung Merpati Jadi Petunjuk 'Misteri'

Tanah Suci sememangnya menyimpan pelbagai kisah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Setiap tahun, jutaan jemaah hadir membawa harapan, doa dan cerita tersendiri sepanjang menunaikan ibadah haji atau umrah.

Di sebalik perjalanan penuh ibadah itu, tidak kurang juga wujud pengalaman misteri atau menginsafkan yang dialami para jemaah.

Ada yang berdepan detik mendebarkan, manakala sebahagian lagi menyaksikan sendiri tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan mereka.

Sekumpulan burung merpati berkumpul di satu kawasan di tanah perkuburan

Pembimbing ibadah haji di Tanah Suci, Ustaz Haji Mohd Firdaus Mohd Salleh berkongsi satu pengalaman pelik, namun menyentuh hati ketika menemani seorang jemaah berusia 60 tahun yang ingin menziarahi pusara ibunya di sebuah perkuburan di Tanah Suci.

"Ustaz, boleh tak teman saya cari kubur mak saya, dari kecil mak saya meninggal," tanya jemaah tersebut.

Difahamkan, selama ini dia tidak pernah berpeluang menziarahi pusara ibunya dan hanya selepas mendapat rezeki menunaikan haji, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan.

Image from: Jemaah Haji Cari Kubur Arwah Ibu Di Tanah Suci, Burung Merpati Jadi Petunjuk 'Misteri'

"Dalam hati saya, ketika itu waktu tengah hari dan matahari terik tepat di atas kepala. Suhu pula mencecah sehingga 50 darjah Celsius," kata beliau.

Difahamkan, isteri jemaah itu tidak dapat turun bersama kerana kawasan perkuburan berkenaan hanya dibenarkan untuk lelaki.

Menurut Ustaz Firdaus, beliau tidak pasti sama ada mereka dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan pada waktu itu kerana sebelum ini tidak pernah melakukan ziarah pada waktu Zohor.

Kebiasaannya, beliau akan membawa jemaah menziarahi kawasan tanah perkuburan pada waktu Asar.

“Apabila kita hendak pergi ke kubur, kita perlu tahu nombor kubur tersebut kerana tiada nama yang memudahkan pencarian, apatah lagi kawasan perkuburan yang sangat luas

"Orang kita (rakyat Malaysia) tidak lagi ditanam di Ma'la sebab ada tanah perkuburan yang lain," kongsinya.

Ketika berada di tanah perkuburan, Ustaz Firdaus meminta jemaah tersebut mencari di arah lain, manakala beliau turut sama membantu mencari di kawasan lain.

"Kita berdoa sama-sama, Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Pertemukanlah kami dengan kubur ibu kepada jemaah ini," katanya.