Jemaah Haji China Dipuji Kutip Sampah, Bersihkan Kawasan Sekitar Kota Mekah

4 Jun 2025 • 11:21 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sekumpulan jemaah haji dari China mencuri perhatian ramai apabila mereka dilaporkan secara sukarela membersihkan kawasan sekitar tempat penginapan mereka di Mekah, Arab Saudi.

image is not available

Menerusi video yang kini tular, jemaah terbabit dilihat memakai vest khas sambil bergotong-royong mengutip sampah dan mengumpulkannya dalam beg sebagai tanda penghormatan kepada kota suci yang menempatkan Masjidil Haram.

Tindakan mereka menerima pujian meluas di media sosial serta ramai memuji kesedaran sivik dan sikap tanggungjawab mereka terhadp kebersihan, sambil mendoakan agar mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

image is not available

Dalam masa yang sama, pihak Majlis Perbandaran Mekah memaklumkan lebih 25,000 petugas dikerahkan sepanjang musim Haji, dibantu oleh lebih 2,460 mesin termasuk jentera pembersihan dan pam air, bagi memastikan kebersihan dan perkhidmatan berjalan lancar 24 jam sehari.

image is not available

Ibadah haji setiap tahun menghimpunkan ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia di Mekah bagi menunaikan rukum Islam kelima itu.

image is not available

Sumber: Instagram (hespresseng)