'Jemaah kecil' ini diberikan pendedahan sebenar suasana sebelum dan ketika menunaikan rukun Islam kelima ini dalam Program Simulasi Haji Cilik, yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, baru-baru ini telah memberikan pendedahan kepada kira-kira 2,000 kanak-kanak mengenai perjalanan ibadah Haji.
Meskipun mereka masih kanak-kanak dan belum mencapai umur baligh, namun program yang melibatkan penyertaan dari 88 tadika sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka itu, memberikan pengetahuan serta latihan praktikal mengenai rukun Islam kelima itu.
Jurufoto Getaran, Azim Rahman merakamkan aksi-aksi menarik 'jemaah kecil' ini dan mereka ternyata begitu teruja dengan pengalaman yang perolehi sepanjang program dijalankan. - Getaran, 24 Jun 2023
Kanak-kanak ini diberikan peluang memakai ihram, bagi membolehkan mereka merasai suasana menunaikan haji.
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya pada Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), baru-baru ini.
Pendidikan dari usia muda, itu yang dilaksanakan oleh PERTIM.
Meskipun program dibuat dalam skala kecil, namun kanak-kanak itu disediakan dengan persediaan lengkap termasuk replika Kaabah dan pakaian ihram.
Kanak-kanak ini diberikan peluang merasaikan ibadah melontar jamrah.
Program Simulasi Haji Cilik ini merupakan latihan praktikal yang amat berguna kepada kanak-kanak, kerana mereka akan mengingati latihan yang pernah dilakukan.
Pastinya pengalaman menyertai program ini tidak akan dilupakan oleh kanak-kanak ini.
Kira-kira 2,000 kanak-kanak dari 88 tadika sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka menyertai Program Simulasi Haji Cilik ini.
Program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, baru-baru ini.
88 tadika telah mengambil bahagian dalam Program Simulasi Haji Cilik ini.
Replika Kaabah turut disediakan bagi membolehkan kanak-kanak terbabit merasai pengalaman menunaikan haji.
Kanak-kanak ini didedahkan keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan haji, iaitu Rukun Islam Kelima.