Jemaah Kumpulan Akhir Musim Haji 2022 Teruja Jejak Tanah Suci

4 Jul 2022 • 8:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
284 jemaah haji penerbangan kumpulan terakhir telah selamat tiba di Tanah Suci Makkah awal pagi Ahad - Gambar oleh Abdul Razak Latif

SEPANG - Seramai 284 jemaah haji penerbangan kumpulan terakhir (KT50B) selamat tiba di Tanah Suci Makkah awal pagi Ahad.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) kumpulan jemaah itu bertolak dari Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.20 pagi Ahad.

image is not available
Kumpulan jemaah terakhir ini bertolak dari Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.20 pagi Ahad -Gambar oleh Azim Rahman

Penerbangan Malaysia Airlines MH8150 yang dinaiki kumpulan itu berlepas ke Jeddah pada jam 6.55 pagi Ahad dan tiba pada jam 10.55 pagi hari sama waktu Arab Saudi.

Terdahulu, rata-rata jemaah yang ditemui Getaran meluahkan rasa bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini.

image is not available
Rata-rata jemaah yang ditemui Getaran meluahkan rasa bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Selain diberikan kesihatan yang baik, mereka berharap urusan ibadah berjalan lancar meskipun cuaca panas terik dan wabak COVID-19 masih ada dalam komuniti.

Untuk rekod, kuota rasmi haji buat Malaysia bagi tahun 1443 Hijrah ini ditetapkan seramai 14,306 jemaah. 

image is not available
Kuota rasmi haji buat Malaysia bagi tahun 1444 Hijrah ini ditetapkan seramai 14,306 jemaah - Gambar oleh Azim Rahman

Jumlah kuota diterima daripada Kerajaan Arab Saudi itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi tahunan yang biasa diperoleh negara, iaitu 31,600 jemaah pada 2019. - Getaran, 4 Julai 2022