Jemaah Menteri Setuju Asingkan Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 11:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan keputusan bersejarah apabila Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan pengasingan penuh peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia.

Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya diasingkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said menyatakan cadangan itu diputuskan selepas laporan akhir dan hala tuju oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Kerajaan MADANI telah bersetuju secara prinsip dengan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya secara sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

image is not available

 

Kedudukan Pendakwa Raya yang berkuasa sendiri

Pengasingan ini akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 145, 183 dan 42 bagi mewujudkan kedudukan Pendakwa Raya yang berkuasa sendiri.

image is not available

Malah, Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Pendakwa Raya) turut akan digubal bagi meminda Kanun Tatacara Jenayah serta 18 akta lain berkaitan.

“Langkah ini merupakan reformasi institusi perundangan yang holistik dan signifikan di bawah kerangka Kerajaan MADANI, bagi mengukuhkan tadbir urus, memperkasakan kedaulatan undang-undang dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” jelas kenyataan itu lagi.

image is not available

Pelaksanaan reformasi ini akan dilakukan secara berfasa, dengan penyesuaian terhadap struktur organisasi, kewangan serta logistik bagi memastikan pengasingan dapat dijalankan dengan sebaiknya, selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Sumber: Facebook Azalina Othman Said