Jemput kawan bangsa India, Khairul Aming buat 3 menu 1 video sempena Hari Deepavali

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 11:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming buat 3 menu 1 video

Sempena sambutan Hari Deepavali, pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming buat 3 menu 1 video buat pertama kalinya dan ia mendapat sambutan baik daripada peminat.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Khairul Aming telah memuat naik satu video memaparkan dia telah menjemput rakannya yang berbangsa India, Vinoothene untuk sama-sama menjayakan resepi tersebut.

Khairul Aming buat 3 menu 1 video sempena Hari Deepavali

@khairulaming

My friend dah tak sabar nak sambut Deepavali so kita masakkan dia Ulundu Vadai, Masala Tea and Koli Curry. Rasa happy jap Vinoothene approve aku masak hahaha. Selamat balik kampung guyss and have a great celebration with your family. Happy Deepavali!!

♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming

Menurut Khairul Aming, Vinoothene sangat teruja untuk menyambut Hari Deepavali, oleh itu dia mahu memberikan kejutan dengan memasak hidangan Deepavali untuknya.

Tidak cukup dengan itu, Khairul Aming juga datang ke pasar di kawasan Brickfields untuk mendapatkan bahan-bahan hidangannya, dan dia dibantu dengan penjual-penjual di pasar tersebut.

Buat kelainan, Khairul Aming buat 3 menu 1 video

image is not available

Sempena sambutan Hari Deepvali, Khairul Aming telah menyediakan hidangan Ulundu Vadai, Masala Tea dan Koli Curry dan pempengaruh itu saling bantu-membantu menyediakan ketiga-tiga hidangan itu bersama Vinoothene.

Pada masa yang sama, Khairul Aming dan Vinoothene saling bergurau semasa menyediakan hidangan itu, apatah lagi ketika menyediakan Ulundu Vadai.

Vinoothene menghadapi sedikit kesukaran untuk membentukkan hidangan Ulundu Vadai itu kepada bentuk bulat dan Khairul Aming berseloroh meminta rakannya itu untuk tidak mengecewakan ibunya.

Khairul Aming buat 3 menu 1 video bersama rakan bangsa India

image is not available

“Dia nervous sebab mak dia tengah tengok, dia takut dia kecewakan mak dia.

“Jangan kecewakan mak awak haa. Aunty, kalau aunty tengok suruh dia belajar balik buat ni,” gurau mereka.

Vinoothene hanya mampu meminta maaf kepada ibunya sambil tertawa besar mendengar kata-kata daripada pempengaruh media sosial itu.

Sebaik selesai memasak, Vinoothene melakukan ujian rasa atau ‘taste test’ dan sangat menyukai hidangan tersebut sehingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata.

image is not available

“Yeah, lepas! Amma lulus Amma,” kata Khairul Aming.

Dalam pada itu, Khairul Aming dan Vinoothene juga sempat mengucapkan selamat Hari Deepavali disamping meminta orang ramai untuk berhati-hati pulang ke kampung.

“Selamat pulang ke kampung, please drive kereta elok-elok. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali!” kata mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyukai ketiga-tiga hidangan yang disediakan itu disamping menyatakan hidangan itu adalah kegemaran mereka.

Saya nak hidangan ni!

image is not available

Teh tu nampak sedap, tapi ayam lagi sedap

image is not available

Kenapa semua nampak sedap ni?

image is not available

Khairul Aming buat 3 menu 1 video, terliur tengok

image is not available

Sementara itu, ada juga warganet yang memuji Vinoothene kerana senyumannya yang sangat manis disamping percakapannya dalam bahasa Melayu yang sangat lancar.

Vinoothene ni comel je

image is not availableVinoothene ni betul2 Malaysian!

image is not available

Cantik Vinoothene

image is not available

Mantap!

image is not available

Terdapat juga netizen yang memuji Khairul Aming kerana telah menyediakan hidangan bangsa India, sekaligus memaparkan perpaduan yang utuh dalam negara ini.

Seronok tengok masak hidangan India

image is not available

Yeay, KA buat makanan Indian

image is not available

Buat series masak makanan bangsa dan etnik lain

image is not available

Disaat orang buat tak tahu, KA buat video dulu

image is not available

Comelnya buat resepi Deepavali

image is not available

Wahh, nampak sedap ye! Rasa nak buat jugak kat rumah. Apapun, Selamat Hari Deepavali!

Sumber: TikTok Khairul Aming