Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan

LocalCars
26 Aug 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira 2,000 tempahan untuk kedua-dua model SUVnya, Jetour Dashing dan VT9, baru-baru ini.

Seiring dengan tempahan tersebut, Jetour Malaysia juga telah menyerahkan lebih 1,000 unit SUV itu kepada pelanggan di seluruh negara, sekali gus menandakan kemasukan yang kukuh bagi pengeluar automotif China yang sedang berkembang ini.

image is not availableimage is not available

Momentum positif ini turut disokong oleh perkembangan pesat rangkaian jualan dan perkhidmatan Jetour Malaysia. Sehingga Ogos, Jetour telah mengendalikan 20 cawangan yang terdiri daripada jualan, servis, alat ganti serta kemudahan badan & cat di seluruh Semenanjung Malaysia.

image is not available

Bagi memenuhi standard pengguna Malaysia yang semakin meningkat, cawangan-cawangan ini dilengkapi dengan ruang istirahat premium, kemudahan berkualiti, serta ruang servis khusus untuk penyelenggaraan rutin yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah daripada Jetour Global Academy.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Pengarah Jualan Jetour Malaysia, Mohd Azhar berkata pihaknya mahu memastikan setiap rakyat Malaysia berada dalam jarak capaian kepada pusat Jualan dan Servis Jetour.

"Setiap pengedar direka untuk menawarkan pengalaman premium tetapi tetap mampu dicapai, selaras dengan DNA produk kami,” katanya.

Dengan 20 cawangan sedia ada, Jetour Malaysia berhasrat untuk mengembangkan rangkaian mereka kepada 30 pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Cawangan Jetour akan dibuka di sekitar Petaling Jaya, Seri Kembangan, Putrajaya, Sunway, Kota Damansara, dan sebuah lagi cawangan di Kepong.

Di Wilayah Utara pula, cawangan baharu akan dibuka di Sungai Petani, Bayan Lepas, dan sebuah lagi di Ipoh, manakala Wilayah Selatan akan menambah satu lagi cawangan di Melaka serta di Seremban. Di Pantai Timur, pengedar baharu akan dibuka di Kuantan, Temerloh, Bentong, dan Kota Bharu.

Tidak ketinggalan, Jetour Malaysia juga akan mengembangkan sayapnya ke Wilayah Malaysia Timur, dengan cawangan yang akan dibuka di bandar utama seperti Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.