Jenama Kasut Dari Singapura, Sunday Staples Kini Di Malaysia

LocalWomen's Fashion
23 Sep 2025 • 5:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jenama kasut selesa dan bergaya yang popular di Singapura, Sunday Staples, kini sudah tiba di Malaysia. Kedai fizikal pertamanya, bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

image is not available

Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting jenama tersebut yang bermula sebagai projek kecil di rumah pengasasnya, Cherriann Wong, kini menjadi sebuah kisah kejayaan yang mengagumkan. 

Dengan lebih 200,000 pasang kasut terjual dalam tempoh lima tahun serta pembukaan empat butik di Singapura, Sunday Staples berpegang pada komitmen untuk menggabungkan elemen keselesaan, kefungsian dan gaya feminin yang tersendiri. 

image is not available

Satu lagi sebab Sunday Staples berjaya menambat hati ramai wanita ialah rekaan koleksi asasnya yang serba boleh dalam tona neutral yang mudah dipadankan. Jenama ini paling dikenali dengan siri ikoniknya, Cloud Series, yang menampilkan alas kaki ultra-lembut dan anjal untuk keselesaan sepanjang hari, dalam siluet yang langsing dan elegan.

“Kami telah mengenal pasti jurang dalam pasaran Malaysia untuk kasut yang menawarkan bukan sahaja gaya, malah keselesaan. Selama ini, pelanggan kami di Malaysia hanya mengagumi keselesaan Cloud Series dari jauh, dan kini kami amat teruja kerana mereka akhirnya boleh mendapatkan siri ini di Kuala Lumpur,” ujar Cherriann.

“Kami jelas mempunyai hubungan yang erat dengan pelanggan kami dari Malaysia melalui platform dalam talian, namun tiada yang dapat menandingi pengalaman mencuba kasut di kaki sendiri. Dengan pembukaan kedai pertama ini, kami menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi, di mana pelanggan dapat melihat produk kami dengan lebih dekat dan merasai sendiri keselesaan serta kualiti yang telah terbukti,” tambahnya.

image is not available

Sunday Staples menggunakan bahan berkualiti tinggi dan inovatif, termasuk kulit mikrofiber, pilihan vegan yang jauh lebih tahan lama, serta linen kalis air, satin kalis air, dan suedekalis air yang ideal untuk iklim Malaysia.

Selain itu, rekaan kasut Sunday Staples turut disesuaikan dengan teliti untuk kaki orang Asia, dengan ciri seperti tali kulit lembut, alas tumit tambahan pada kasut ballet flats, Flyknit pada bahagian atas kasut, serta pilihan lebih meluas untuk kasut tumit rendah dan tumit blok, untuk keselesaan dan gaya sepanjang hari.

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunday Staples dan rangkaian kasutnya, sila layari laman web Sunday Staples atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram. - Getaran, 23 September 2025