Jenama Papan Kekunci Mekanikal MelGeek Kini Dijual Di Pasaran Malaysia Secara Rasmi

TechnologyDigital
22 Mar 2024 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda mengikuti perkembangan industri papan kekunci mekanikal, MelGeek pastinya satu jenama yang anda sekurang-kurangnya pernah dengari sebelum ini. Jenama papan kekunci ini terkenal untuk penawaran aksesori komputer tersebut dalam pelbagai jenis saiz dan juga rekaan yang serba menarik.

image is not available

Terkini, MelGeek telah bekerjasama dengan pengedar kelengkapan komputer tempatan, Sun Cycle untuk membawa masuk jenama papan kekunci ini ke pasaran tempatan secara rasmi. Di acara pelancaran, beberapa papan kekunci Melgeek diperkenalkan, termasuklah model-model paling popular mereka, seperti Melgeek Mojo68, Melgeek Mojo84 dan juga MelGeek Pixel Palette yang tampil dengan rekaan yang memiripi sebuah papan Lego dan boleh dipasang kepingan tersebut pada papan kekunci ini untuk menjadikannya unik kepada anda.

image is not available

Dalam pada itu, MelGeek turut menunjukkan papan kekunci terbaru mereka, MelGeek Cyber01 yang merupakan papan kekunci TKL yang menggunakan suis magnetik Hall-Effect Gateron KS-20 yang mana pengguna boleh mengubahsuai tetapan pengaktifan suis menggunakan perisian.

image is not available

Kesemua papan-papan kekunci ini juga tampil dengan ciri pengubahsuaian produk dimana suis boleh ditanggalkan dengan mudah supaya anda boleh menggunakan suis mekanikal kegemaran anda, kecuali pada model Cyber01 yang memerlukan anda menggunakan suis kekunci Hall Effect yang lain.

image is not available

Papan-papan kekunci Melgeek boleh dibeli di Shopee melalui pengedar-pengedar aksesori komputer tempatan secara atas talian dan juga di kedai-kedai komputer fizikal.