Jenama telekung Siti Khadijah buka butik pertama di Singapura

Women's Fashion
29 Jul 2023 • 8:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jenama telekung Siti Khadijah buka butik pertama di Singapura

zulfadli

29/07/2023 - 08:00

KUALA LUMPUR 28 Julai - Syarikat kelahiran Malaysia, Kumpulan Siti Khadijah membuka cawangan butik pertamanya di Arab Street, Singapura, selepas Malaysia dan Indonesia.

Diasaskan pada 2019 oleh Padzilah Enda Sulaiman, Siti Khadijah (dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW) menumpukan pada penghasilan pakaian solat inovatif yang dibuat dengan reka bentuk muka yang dicipta jenama Siti Khadijah.

Bukan hanya mengeluarkan produk telekung, Siti Khadijah juga mengeluarkan produk gaya hidup seharian seperti pakaian lelaki dan wanita, hijab, sejadah, bag dan lain-lain yang boleh didapati di butik yang baru dibuka di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, dengan slogan 'Selesa Luaran Tenang Dalaman', jenama itu telah meningkatkan standard pakaian solat sejak ia melancarkan reka bentuk pertamanya.

"Jenama ini bertujuan untuk mengembangkan operasi perniagaan di Singapura untuk mencapai matlamat yang kami sasarkan, iaitu untuk mendekatkan produk kami kepada rakyat Singapura serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara itu," katanya dalam kenyataan media di sini.

Dalam tempoh pelancaran ini, pelanggan Siti Khadijah Singapura boleh menikmati baucar bernilai SGD20 dengan perbelanjaan minimum SGD100 dalam satu resit di butik Siti Khadijah Singapura.

Siti Khadijah akan menumpukan pada skala perniagaan dan pertumbuhannya terutamanya dalam pasaran antarabangsa untuk meliputi bukan sahaja rantau Asia Tenggara tetapi juga di seluruh dunia.

image is not available
Butik pertama Siti Khadijah yang terletak di Arab Street, Singapura

Pasaran yang semakin berkembang dan kesesuaian jenama yang kukuh menyediakan asas yang baik untuk Siti Khadijah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ‘omnichannel’ di seluruh dunia.

image is not available

Siti Khadijah terus komited mengikuti trend dan permintaan terkini industri dengan memastikan keselesaan dalam produk serta koleksinya.

image is not available

Ia juga selaras dengan falsafah Siti Khadijah iaitu untuk ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat’ demi mengekalkan keaslian melalui ciptaan produknya. - DagangNews.com

View Original Article