Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumi

19 Jun 2022 • 2:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar oleh Sairien Nafis

Jenazah penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur, tengah hari ini.

Pengebumian Adibah berjalan lancar dengan dihadiri bapanya Mohamed Omar Zainal Abidin, 87, dan ahli keluarga serta lebih 100 kenalan rapat dan rakan artis. 

image is not available
Bapa Allahyarham Adibah Noor, Mohamed Omar Zainal Abidin - Gambar Sairien Nafis

Antara selebriti yang hadir Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Datuk M. Nasir, Nikki Palikat, Remy Ishak, Linda Onn dan Ziana Zain. 

image is not available
Ziana Zain dan Datin Marlia Musa - Gambar Sairien Nafis

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat di sini, kira-kira 9.30 pagi. 

Suasana sedih dan pilu menyelubungi ketika jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan, dengan rata-rata hadir sejak awal pagi bagi memberikan penghormatan terakhir.

image is not available
Antara hadirin di Masjid Al-Ansar Taman Keramat - Gambar Sairien Nafis

Penyanyi Nikki berkata beliau menganggap Adibah sebagai seorang kakak yang sering menasihatinya untuk menjaga kesihatan. 

image is not available
Nikki Palikat - Gambar oleh Sairien Nafis

“Dia selalu beri teguran untuk utamakan diri sendiri, dia pun berkongsi ada mengalami pendarahan mengejut yang terlalu banyak ketika buat show. Selepas itu dia kata dia buat pemeriksaan di hospital, tiada apa-apa.

“Tetapi rupanya itu adalah tanda awal dia ada kanser. Kita pun tidak sangka sebab dia jenis yang ceria dan apabila sedih pun dia sentiasa buat orang gelak,” katanya ketika ditemui pemberita di masjid berkenaan. 

Pengarah dan pelakon Hans Isaac pula berkata Allahyarhamah adalah seorang yang sangat positif dan sentiasa menyokong setiap karyanya. 

image is not available
Datuk Afdlin Shauki dan Hans Isaac - Gambar oleh Sairien Nafis

“Dia selalu (suarakan) isu pasal kebajikan orang lain dalam industri, dia sentiasa berjuang untuk  kepentingan orang lain, dia tidak pernah mengeluh mengenai diri sendiri,” katanya.

Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, pada kira-kira 7.45 malam tadi akibat penyakit kanser ovari tahap empat. - Bernama

image is not available
Antara rakan artis yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Adibah Noor ialah Remy Ishak - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available

image is not available
Ahli keluarga memberi penghormatan terakhir - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Sharifah Amani - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Datuk M. Nasir - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Antara yang hadir pada pengebumian Allahyarham Adibah Noor - Gambar oleh Sairien Nafis