Jenazah ADUN Mahkota dijangka dikebumikan selepas Asar

2 Aug 2024 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Sharifah Azizah Syed Zain

KLUANG - Suasana pilu menyelubungi pekarangan lobi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia awal petang tadi.

Difahamkan, jenazah akan dimandi dan dikafankan di HEBHK selepas solat Jumaat sebelum dibawa ke kediaman keluarga di Jalan Ahmad Khan untuk penghormatan terakhir.

Ahli keluarga memaklumkan jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah selepas Asar.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Wan Mohd Hibatullah, 40; Wan Mohd Hazwan 39; Wan Mohd Hasbullah, 34 dan Wan Harizahtul Nadia, 33 serta 13 cucu.

Suami Allahyarhamah, Abu Bakar Mohd Amin, meninggal pada 2005 akibat kanser limfoma.