Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 10:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah anak bongsu kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini jam 9.30 pagi pada Rabu.

image is not available
Jenazah Muhammad Aisy Al Rees selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini jam 9.30 pagi pada Rabu.

image is not available
Zakuan Adha menyiram air di pusara anak bongsunya.

SEREMBAN - Jenazah anak bongsu kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini jam 9.30 pagi pada Rabu.

Terdahulu anak pasangan itu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di Taman Sri Pulai di sini kira-kira jam 1 petang pada Selasa.

**media[3004232]**

Untuk rekod, anak lelaki kepada pasangan ini dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.

**media[3004230]**

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.