Jenazah Arman San selamat tiba di Tawau

29 Aug 2024 • 8:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

TAWAU: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 yang membawa jenazah Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini pada 7.06 malam ini.

Pesawat itu turut membawa isteri serta anak lelaki Allahyarham dan sembilan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada KD Sri Tawau kemudian membawa keluar jenazah dengan istiadat ketenteraan.

Jasad Arman San, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop, Johor semalam, akan dibawa ke kampung halamannya di Sapagaya, Silam, Lahad Datu terletak 126 kilometer dari sini.

Jenazah anak bongsu daripada 10 beradik itu akan disolatkan di surau berdekatan rumah keluarganya di Sapagaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan, Lahad Datu lewat malam ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Panglima Markas Wilayah Laut 2 TLDM Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris serta pegawai dan anggota TLDM lain turut menyambut ketibaan jenayah Allahyarham di Lapangan Terbang Tawau.

Arman San, 28, berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau daripada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM.

Pada 25 Ogos lepas, KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.