Jenazah Jay Jay selamat dikebumikan

5 Aug 2024 • 1:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anak Allahyarham Mohd Fauzi Darus atau dikenali sebagai Jay Jay, Nur Camelia Mohd Fauzi bersama anaknya menyiram air bunga mawar di atas pusara bapanya di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, pada Isnin. Foto Bernama

PETALING JAYA - Jenazah penyanyi, Mohd Fauzi Darus atau Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya sekitar jam 11.15 pagi Isnin.

Terdahulu jenazah Allahyarham diuruskan dan disolatkan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini.

Penyanyi kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir di Thomson Hospital Kota Damansara semalam akibat kegagalan organ dalaman selepas mengalami serangan angin ahmar beberapa hari lalu.

Jay Jay pada Mei lalu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung dan sesak nafas sebelum menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

Susulan itu, arwah menjalani pembedahan pintasan jantung ekoran masalah jantung tersumbat yang dialaminya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved