Jenazah Nadia Kesuma akan dikebumikan pagi esok di Jeddah – Reezal Merican

LocalEntertainment
18 Jan 2026 • 6:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenazah pelakon terkenal, Allahyarham Nadia Kesuma, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Jeddah, Arab Saudi, pada pagi esok (waktu tempatan) selepas semua urusan berkaitan selesai dilakukan.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang dimaklumkan berhubung perkembangan tersebut hari ini.

Jenazah Nadia Kesuma akan dikebumikan pagi esok

image is not available

“Ini adalah saat yang amat perit buat keluarga. Saya mendoakan mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian besar ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, selepas bertemu suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, bersama anak mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyampaikan ucapan simpati dan sokongan secara peribadi petang ini.

image is not available

Muhammad Kamarul dan anaknya berlepas ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah dan dijangka terus ke Hospital King Fahad bagi menguruskan jenazah, termasuk urusan dokumentasi serta pengambilan barangan peribadi Allahyarham.

image is not available

Allahyarham Nadia Kesuma, yang nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, dilaporkan hilang pada Khamis lalu selepas transit di Lapangan Terbang Jeddah sebelum meneruskan penerbangan ke London, dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada hari sama.

image is not available

Artikel lain: Suami tunai hasrat Nadia Kesuma, jenazah akan dikebumi di Jeddah

Reezal Merican turut menyeru orang ramai mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan agar ditempatkan bersama golongan beriman.

Pemergian pelakon filem Syaitan Munafik itu turut menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak, dengan ramai yang menitipkan doa dan kata-kata sokongan kepada keluarga yang sedang berduka.

Sumber: FB Reezal Merican Naina Merican