Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan

18 Jul 2024 • 6:00 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis pada petang Khamis.

Proses pengebumian alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang, berjalan dengan lancar petang Khamis.

Kelihatan ahli keluarga, sanak saudara terdekat, kenalan Allahyarhamah dan penduduk kampung turut menghadiri pengebumian itu.

Hadir sama Exco Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib bagi mewakili kerajaan negeri Pahang.

Untuk rekod, Nur Farah Kartini merupakan graduan pintar UPSI yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, Selangor Isnin lalu.

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian telah meraih Purata Gred Nilai (GPA) 4.0 dalam peperiksaan yang didudukinya pada Semester 2 Sesi 2022/2023.