Jenazah Paksu Mid Selamat Dikebumikan, Lebih 3,000 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

12 Nov 2022 • 3:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jenazah Paksu Mid Selamat Dikebumikan, Lebih 3,000 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Jenazah Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau dikenali sebagai Pak Su Mid Kuala Pai, 96 yang meupakan ulama terkenal Kedah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, lebih 3,000 orang telah memenuhi kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham.

Pada jam 11.15 pagi jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid An-Najjah.

Proses pengebumian itu turut dihadiri oleh beberapa nama pemimpin kenamaan seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.

image is not available
Kredit Sinar Harian

Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar yang dipercayai akibat daripada sakit tua.

“Allahyarham Paksu Mid yang dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya sering menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan masyarakat di negara ini,” tulis Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran Facebooknya.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham Paksu Mid merupakan suatu kehilangan yang amat besar bagi negeri Kedah.

image is not available
Kredit Sinar Harian

Antara kata-kata hikmah yang terkenal ditinggalkan oleh Allahyarham ialah sentiasa mengingatkan orang ramai termasuk keluarganya agar tidak sesekali meninggalkan Al-Quran sebagai panduan pegangan hidup.

Allahyarham Paksu Mid difahamkan meninggalkan seorang balu yang bernama Inche Ollah Arshat, 60an dan tiga orang anak bersama 10 orang cucu.

Sumber: Sinar Harian