Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

Entertainment
21 Jun 2023 • 12:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

JENAZAH penyanyi Allahyarham Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di Subang Jaya, sekitar jam 11.45 pagi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang merupakan penyanyi popular era 1980-an itu disembahyang kan di Masjid Al-Falah USJ9, di sini.

Majlis pengebumian turut dihadiri keluarga dan sahabat handai seramai lebih 300 orang untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Antara rakan artis yang hadir ialah Azizul Khamis, Ramlah Ram, Datuk Nash, Datuk Khatijah Ibrahim, Herman Tino, Noraniza Idris, Izara Aishah, Tya Arifin, Fasha Sandha, Joe Flizzow, Norshila Amin dan Haiza.

image is not available

 

Terdahulu, Allahyarham Rohana dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus.

Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.33 malam tadi.

Anaknya, Syakila Nisha atau lebih dikenali sebagai Kilafairy, 31, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah ibunya.

image is not available

TEKS & FOTO: Wawann Mohd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!