Jenazah tiga wanita warga emas selamat dikebumikan

15 Sep 2023 • 8:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Urusan pengebumian jenazah, Indok Akok dan Tahallah ddi Tanah Perkuburan Islam Parit Kerimun.

image is not available
Orang ramai mengaminkan Bacaan doa diketuai imam Masjid Kampung Parit Kerimun, Yahya Jami.

PONTIAN - Jenazah tiga wanita warga emas yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan Kilometer (KM) 167, Jalan Johor Bahru-Segamat, selamat dikebumikan pada petang Jumaat.

Jenazah Indok Akok Sitakak, 89, dan anak perempuannya, Tahallah Abd Fatah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Parit Kerimun sementara Fatimah Ismail, 66 (menantu Indok), dikebumikan Tanah Perkuburan Islam, Pekan Tampok.

Kesemua jenazah sebelum itu melalui proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Segamat sebelum dibawa pulang ke Kampung Parit Kerimun untuk urusan pengebumian.

**media[2347507]**

Kesemua jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Parit Kerimun untuk solat jenazah sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Ketika ditemui, pihak keluarga mengakui reda dengan pemergian ketiga-ketiga ahli keluarga mereka itu dan menyifatkannya sebagai ketentuan Ilahi.