Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

29 Mar 2024 • 12:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada pukul 11 pagi ini. - gambar BERNAMA

SHAH ALAM - Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini pada 11 pagi ini.

Hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan dalam kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Tujuh anak Allahyarham termasuk Rejaie Arbee, 42, Radhiq Arbee, 37, dan Awaina Arbee, 32, membantu menyempurnakan pengebumian Allahyarham. 

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Seksyen 7 di sini untuk disolatkan dengan disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan rakan media.

Sementara itu, Rejaie Arbee, berkata ayahnya meninggal dunia pada 2.10 pagi di Hospital Shah Alam kerana sakit tua.

Beliau berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Ahmad Rejal, 83, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973. 

Ahmad Rejal adalah antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan antara kakitangan pengasas Bernama. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved