Jenazah Tun Abdullah Dibawa Ke Masjid Negara Untuk Dikebumikan

15 Apr 2025 • 10:13 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, dibawa ke Masjid Negara pada 8.15 pagi ini untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di sini.

Van yang membawa jenazah bekas perdana menteri itu tiba di perkarangan Masjid Negara dari kediaman Allahyarham di Bait Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar di sini.

Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah boleh berbuat demikian di Dewan Solat Utama Masjid Negara, dari 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan selepas zuhur.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (JN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved