
KULAI: Hanya 30 peratus daripada 1,661 pembinaan menara telekomunikasi di bawah projek Jalinan Digital Negara (Jendela) telah disiapkan dan beroperasi sepenuhnya di seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata jumlah tersebut membabitkan 492 menara telekomunikasi yang telah beroperasi daripada 716 menara yang sudah siap dibina.
“Antara faktor projek Jendela lambat siap, khususnya di Sabah dan Sarawak, adalah kerana tidak mempunyai tapak sesuai untuk mendirikan menara telekomunikasi itu.
“Kita mahu mencapai 100 peratus liputan telekomunikasi secepat mungkin namun terdapat kelewatan projek ini di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak menara telekomunikasi Kampung Murni Jaya 2 dan Kampung Tersusun Murni Jaya, di sini, Jumaat.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Mengulas lanjut, beliau berkata projek di Sabah dan Sarawak dimulakan pada 2022 dan sepatutnya siap dalam tempoh 18 bulan namun tergendala ekoran masalah tapak serta kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek dalam masa ditetapkan.
Menurut Teo, di Sabah hanya 50 peratus projek menara tersebut sudah disiapkan manakala di Sarawak pula hanya 20 peratus.
“Memang Sabah dan Sarawak jadi tumpuan kami. Kami perlu menggunakan gelombang mikro ataupun satelit untuk memberi perkhidmatan komunikasi kepada penduduk terutamanya kawasan pedalaman sebab kalau nak menggunakan gentian optik memerlukan waktu yang agak panjang, jadi setakat ini pihak kami mengkaji penyelesaian baharu,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


