Jenin Berdarah: Kami dijadikan perisai manusia

5 Jul 2023 • 11:25 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

JENIN: Serangan ganas secara besar-besaran tentera rejim israel ke atas bandar Jenin di Tebing Barat sejak Isnin lalu telah menambah lagi keperitan buat umat Islam Palestin.

image is not available

Salah seorang penduduk di Jenin, Mutasem Estatia, 40 tahun, berkongsi detik-detik berdepan serangan tentera zionis.

Menurut bapa kepada 6 cahaya mata itu, penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran tentera yang disifatkan terlalu ramai.

Ujarnya, tentera zionis didakwa menceroboh rumah penduduk, menghalau orang ramai dari rumah serta mengacukan senjata.

image is not available
Mutasem Estatia, mangsa kekejaman tentera israel di Jenin. Kredit foto Reuters

“Mereka menangkap ramai pemuda dan menggunakan kami sebagai ‘perisai manusia’ di hadapan mereka”.

“Kedengaran bunyi tembakan yang kuat, tepat di atas kepala kami semasa kami berjalan bersama mereka (tentera israel). Ia adalah (suasana) tegang. Saya diiringi kira-kira 30 askar dan mereka semua menembak ke arah kem, dan ia (perbuatan) gila“.

“Kami tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana,” katanya memetik laporan Reuters.

Mutasem menambah, mereka dibawa oleh tentera israel ke Jalameh dan kawasan kejiranan yang tiada penduduk.

“Anda dapat rasai mereka benar-benar mahu mencapai sesuatu dalam masa 2 hari, seperti mereka tergesa-gesa sebelum ‘sesuatu’ berlaku“.

“(Tetapi) Mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Media antarabangsa melaporkan tentera Israel telah mula berundur dari Jenin di Tebing Barat yang dicerobohi, 2 hari selepas melancarkan operasi bersama 1000 tentera pengganas.

Menurut tentera rejim, pasukan pertama telah meninggalkan bandar itu pada lewat petang semalam.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia