Apa itu kejahatan lidah? Ayuh kita baca dan ambil tahu jenis-jenis kejahatan lidah yang sering berlaku dalam masyarakat tidak kira bangsa, dan agama. Ulasan ringkas ini berdasarkan dari dapatan sebuah karya terjemahan bertajuk Kejahatan Lidah di mana karya asalnya berjudul Evil of The Tounge. Karya iniboleh didapati di kedai buku Dakwah Corner Bookstore secara percuma.
Salah satu daripada punca utama seseorang dicampak ke dalam api neraka merupakan kejahatan dari lidah mereka. Disebabkan oleh satu bahagian tubuh yang kecil ini (lidah) seseorang boleh terjebak dengan dosa yang lebih banyak lagi dibandingkan dengan bahagian tubuh yang lain. Dengannya segala perbuatan baik kita boleh terpadam dan hilang. Maka, jika kita dapat menahan lidah, kita akan berjaya. In shaa Allah.
- Dosa lidah yang pertama ditekankan dalam buku ini ialah "berbicara tentang Allah tanpa pengetahuan" yang bermaksud bercakap atau menyampaikan ajaran islam tanpa pengetahuan. Bida'ah iaitu membuat pembaharuan atau mengubah suai dan merubah agama Allah serta menidakkan apa yang Allah telah tegaskan dan benarkan, seterusnya mengiyakan apa yang Allah telah sangkal dan larang.
- Selain itu, ia juga turut termasuk dalam golongan yang menentang mereka menegakkan perjuangan agama, menyokong musuh Allah, menyayangi mereka yang Allah benci dan membenci mereka yang Allah sayang dan akhirnya menggambarkan Allah dengan apa yang tidak wajar berkaitan dgn zat-zatNya, firmanNya atau sifatNya.
- Dosa lidah yang kedua pula ialah melakukan syirik seperti berdoa dan meminta selain daripada Allah. Sebagai umat islam, kita wajib berdoa terus kepada Allah. Dengan berdoa selain daripada Allah akan menyebabkan syirik.
- Syirik juga termasuk dalam kategori kufur nikmat di mana mereka menidakkan atau merasakan kejayaan yang dikecapi adalah dari usaha sendiri. Berjumpa penilik nasib, bomoh atau orang berkuasa psikik, bahkan menafikan nama-nama Allah atau menukar maksud nama Allah dgn jelas juga adalah dosa lidah yang syirik.
- Dosa lidah ketiga yang sedia kita maklum adalah menganiaya seseorang muslim dengan mengumpat. Mengumpat juga ada jenisnya di mana ia adalah umpatan yang dibolehkan dan dilarang.
- Fitnah pula satu dosa yang lebih berat jika dibandingkan dengan mengumpat.Contohnya menjadi testimoni palsu atau saksi palsu serta menuduh dan memfitnah wanita mulia.
- Menipu juga dalam kategori dosa kejahatan lidah. Terdapat penipuan yang dibenarkan dan dilarang. Contohnya menipu pihak musuh dimedan perang untuk melindungi muslim dibenarkan di sisi agama. Kita juga dilarang memperdaya seseorang muslim yang meminta nasihat ikhlas, dilarang melamar wanita yang telah bertunang, ejekan, sindiran atau memperlekehkan orang lain serta menyebarkan rahsia dan mengungkit kebaikan seseorang.
- Bagi sesetengah orang, hal ini dianggap perkara biasa apabila kita memanggil kanak-kanak atau kucing jalanan untuk sesuatu tetapi tiada apa hendak diberikan.
- Ada beberapa penggunaan lidah yang nampak pada lahirnya tidak memudaratkan tetapi mengundang malapetaka seperti mengemis, memuji orang lain, bergurau senda atau berjenaka dan berbalah atau bertengkar.
- Mengemis hanya dibolehkan dalam keadaan terdesak seperti sabda Rasullullah iaitu; yang pertama orang fakir yang sangat sengsara, orang yang terlilit hutang dan orang yang berkewajipan membayar diyat.
- Memuji orang lain berlebih-lebihan akan mengundang ke arah pujian yang tidak benar dan justeru itu akan berlaku pembohongan.
- Ada pula yang memuji seseorang demi mendapatkan sesuatu. Maka, mereka berada dalam golongan munafik sedangkan hati mereka mengatakan sebaliknya pada orang tersebut dan ia hanyalah lakonan.
Tuntasnya, dari semua aspek yang telah diulaskan secara ringkas di atas seperti mengumpat boleh diubati dengan cara-caranya yang tersendiri seperti yang telah diterangkan di dalam buku ini. Salah satunya dengan cara menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti seharian seperti beribadah, mencari ilmu dan sebagainya agar kita tiada masa memikirkan perihal orang lain.
Penjelasan lebih mendalam untuk kesemua bahagian di atas boleh dibaca dengan mendapatkan ebook secara percuma di Dakwah Corner Bookstore. Bacaan ini sangat memberikan bermanfaat dan serba sedikit pengetahuan tentang sesuatu ilmu yang baru jika sebelum ini kita tidak mengetahuinya.
Sue Oshin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)