Jennie Blackpink Perkenal Muka Taip Zen Serif Dengan Kerjasama Meta

EntertainmentTechnology
9 Oct 2025 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jennie Kim iaitu ahli kumpulan BLACKPINK telah memperkenalkan muka taip baharu yang dinamakan ‘ZEN SERIF’.

Muka taip ini dibangunkan bersama Meta dan menjadi muka taip tulisan Korea pertama yang boleh digunakan dalam aplikasi Instagram Edits.

image is not available

ZEN SERIF direka dengan hiasan minimum bagi menonjolkan bentuk asas sambil mengimbangi eleman minimalis dengan lengkungan yang halus. Pendekatan ini menghasilkan reka bentuk yang kemas, moden dan mudah digunakan dalam pelbagai konteks visual.

image is not available

Muka taip ini boleh dimuat turun secara percuma melalui laman rasmi OA Entertainment dan beberapa platform lain. Ia turut diintegrasikan ke dalam aplikasi Edits yang membolehkan pengguna menggunakan muka taip ini secara terus dalam kandungan media sosial mereka seperti Reels.

image is not available

Dalam perkembangan berkaitan, Edits turut menerima kemaskini baharu yang bantu meningkatkan pengalaman pencipta kandungan. Antaranya termasuk ratusan kesan bunyi baharu serta ciri untuk memaparkan prestasi Reels dalam bentuk PDF untuk dikongsikan dengan rakan kongsi terlibat.

image is not available

Penambahan ini menjadikan Edits sebagai platform yang lebih menarik selari dengan pelancaran muka taip ZEN SERIF yang diinspirasikan oleh Jennie Blackpink.

View Original Article