Jennie Blackpink Teruja Dapat Miliki Porsche Peribadi, Taycan 4S Cross Turismo Daripada Sonderwunsch

Design
30 Oct 2022 • 8:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kereta jenama mewah 'JennieRubyJane' yang merupakan kerjasama antara Porsche dan Sonderwunsch. - Gambar dari Instagram jennierubyjane

Siapa yang tidak kenal dengan anggota Blackpink, Jennie Kim? Jennie yang dikenali sebagai Jennie Ruby Jane atau hanya JENNIE telah berjaya menawan hati ramai peminat, bukan sebagai anggota Blackpink sahaja tetapi juga sebagai penyanyi/rapper solo. 

Menerusi program Sonderwunsch yang berkolaborasi dengan Porsche Korea, Jennie, 26,  berjaya mendapatkan sebuah kereta idamannya yang dicetuskan berdasarkan model Taycan 4S Cross Turismo. 

Apa yang menarik, kereta mewah itu dilengkapi dengan gambaran dan idea reka bentuk yang sangat spesifik oleh Jennie. Wow! Sungguh eksklusif… 

Bagi merealisasikan projek tersebut, pasukan Sonderwunsch di Porsche Exclusive Manufaktur dan jabatan reka bentuk Style Porsche bersama Jennie telah bekerjasama untuk menyiapkan segala butiran untuk pembinaan model kereta tersebut.

Bahkan, Jennie sendiri telah membentangkan idea awalnya tentang gambaran dan reka bentuk kenderaannya itu bagi mendapatkan persetujuan Porsche. 

image is not available
Kereta mewah ini dilengkapi dengan gambaran dan idea reka bentuk yang sangat spesifik oleh Jennie. - Gambar dari porsche.de

"Dapat bekerjasama secara intensif dengan Porsche adalah satu pengalaman yang luar biasa. 

“Saya amat berbangga kerana telah merancang visualisasi awan. Saya menghabiskan banyak masa mengembara ke seluruh dunia, dengan langit serta awan menemani perjalanan saya dan ia adalah simbol indah akan pengalaman unik ini. 

“Inilah sebabnya mengapa saya merasakan hubungan istimewa dengan mereka dan sangat bersemangat untuk mengambil gambar motif alam semula jadi ini,” kata Jeannie.  

image is not available
Eksklusif untuk Jennie.

Sonderwunsch telah terhasil dengan warna hitam metalik pada badan kereta dengan kontras aksen biru meissen pada beberapa bahagian luaran kenderaan serta rim 12 inci yang direka secara eksklusif.

Ini termasuklah perkataan ‘Electric’ di bahagian tepi pintu belakang, dan perkataan Jennie Ruby Jane pada tapak amaran pintu masuk hadapan serta “NINI” (nama gelaran Jennie) di bahagian pintu belakang. Turut kelihatan nama artis tersebut dan perkataan Sonderwunsch pada penutup hab roda.

image is not available
'NINI', panggilan nama Jennie.

Kombinasi warna hitam, krayon (papan pemuka dan tempat duduk kerusi) dan  biru meissen (panel pintu, sempadan lubang udara, pemegang cawan) pada bahagian dalaman kereta pula mewujudkan suasana yang elegen pada kenderaan ini.

Apa pandangan anda tentang kereta Porsche peribadi Jennie ini? - Getaran, 30 Oktober 2022



 


 



 

View Original Article