Jennifer Lopez dan Ben Affleck Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Entertainment
12 Jun 2024 • 7:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gosip tentang status rumah tangga pasangan ini bertiup kencang sejak penganjuran Met Gala 2024. – Gambar Instagram

Entertainment Tonight melaporkan bahawa Jennifer Lopez dan Ben Affleck kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung, namun belum berpisah secara rasmi. 

Gosip tentang status rumah tangga pasangan ini bertiup kencang sejak penganjuran Met Gala 2024, di mana ketika itu Lopez hadir seorang diri tanpa Ben di sisi.

"Ketika ini, mereka hanya buat hal masing-masing. Mereka juga menjalani hubungan ini dengan sangat optimis, dan berharap ia masih boleh dipulihkan. Namun, setakat ini belum lagi,” ulas sumber Entertainment Tonight.

JLo dan Ben juga didakwa sudah menjual rumah perkahwinan mereka yang bernilai AS$60 juta yang terletak di Beverly Hills, California. Penjualan rumah ini dibuat hanya selepas setahun mereka membelinya secara tunai.

image is not available
JLo tampil menawan dalam persalinan kasual, berseluar jeans bell bottom dan berkemeja putih.

Dalam satu lagi laporan lain, Ben kini tinggal di sebuah rumah di Brentwood sejak pertengahan Mei lalu. Dia banyak menghabiskan masa dengan orang-orang tersayang, teman rapat, bekas isteri, Jennifer Garner di samping dua anak mereka Violet, 18, Seraphina,15 dan Samuel, 9.  

Sementara itu, JLo pula memilih untuk kembali ke rumah ibu dan ahli keluarganya. 

Pada Selasa, diva popular ini dilihat menghabiskan masa dengan membeli-belah bersama anaknya Emme. JLo tampil menawan dalam persalinan kasual, berseluar jeans bell bottom dan berkemeja putih.  

Keretakan rumah tangga pasangan ini juga mula dihidu apabila masing-masing tidak lagi berkongsi foto-foto romantik di mana-mana platform media sosial. - Getaran, 12 Jun 2024

Photo : IG JLo & https://pagesix.com/