Jentayu Sustainables tutup operasi penjagaan kesihatan, fokus sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui

LocalBusiness & Finance
26 Jun 2026 • 6:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jentayu Sustainables tutup operasi penjagaan kesihatan, fokus sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui Image from: Jentayu Sustainables tutup operasi penjagaan kesihatan, fokus sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui hamden26/06/2026 - 18:28 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Jun - Jentayu Sustainables Berhad akan menamatkan operasi Bahagian Penjagaan Kesihatannya susulan cadangan pelupusan keseluruhan pegangan ekuiti dalam anak syarikat milik penuhnya, Ultimate Forte Sdn. Bhd., bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan teras dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata penamatan operasi bahagian berkenaan dijangka selesai menjelang akhir Julai 2026, tertakluk kepada penyempurnaan cadangan pelupusan yang diumumkan pada 26 Jun 2026.

 

Menurut syarikat itu, keputusan tersebut dibuat selepas Lembaga Pengarah menilai prospek perniagaan masa depan kumpulan serta prestasi kewangan lampau.

 

"Lembaga berpandangan bahawa penamatan operasi Bahagian Penjagaan Kesihatan adalah demi kepentingan terbaik kumpulan bagi membolehkan syarikat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan teras dalam tenaga boleh diperbaharui," katanya.

 

Jentayu berkata, langkah itu selari dengan strategi jangka panjang kumpulan untuk memperkukuh kedudukannya dalam sektor tenaga hijau, yang kini menjadi pemacu utama pertumbuhan syarikat.

 

Cadangan pelupusan melibatkan penjualan 100% kepentingan ekuiti dalam Ultimate Forte Sdn. Bhd., sekali gus menandakan pengunduran kumpulan daripada segmen penjagaan kesihatan.

 

Syarikat itu bagaimanapun tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai operasi penjagaan kesihatan yang akan ditamatkan atau kesan kewangan daripada penamatan operasi tersebut.

 

Jentayu berkata, pihaknya akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan baharu berkaitan cadangan pelupusan dan penamatan operasi berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved