Jentera G57 di Sabah sudah diaktifkan bantu calon GRS, BN

Politics
14 Oct 2022 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jentera Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) di seluruh Sabah telah diaktifkan untuk membantu calon GRS dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata beliau telah mengarahkan kesemua jentera diaktifkan untuk memastikan kemenangan semua calon GRS dan BN yang bertanding di 25 kerusi Parlimen di negeri ini.

“G57 akan memfokuskan kepada negeri Sabah sahaja pada PRU ini memandangkan masalah kekurangan sukarelawan.

“Unit Multimedia termasuk unit propaganda, cybertrooper dan unit penceramah mempunyai pengalaman luas sebelum ini dalam membantu GRS dan BN pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16. Justeru, khidmat bantuan G57 kali ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat menyumbang bilangan pengundi kepada kedua-dua gabungan parti pemerintah Sabah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Zulkarnain, beliau sendiri selaku Pengerusi G57 akan turun berkempen membantu calon BN dan GRS, khususnya di kawasan hitam.

“Musuh utama kita kali ini di Sabah sudah tentu Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH). Justeru, sasaran menumbangkan calon-calon dari kedua-dua parti ini adalah matlamat utama G57,” tambahnya.

Rekod pencapaian baik selama dua tahun pentadbiran Kerajaan GRS dan BN di Sabah berbanding Warisan juga akan memudahkan jentera berkempen, katanya.

“Justeru sasaran GRS dan BN untuk menang besar di Sabah kali ini bukan retorik sebaliknya fakta yang boleh dicapai,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.