'Jentera Pas memang tidak nampak' - Calon PN DUN Stulang

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jentera Pas memang tidak nampak' - Calon PN DUN Stulang
Chin Eng (kanan) menyantuni orang ramai ketika berkempen di kawasan DUN Stulang sempena PRN Johor ke-16.
Image from: 'Jentera Pas memang tidak nampak' - Calon PN DUN Stulang
Chin Eng (kanan) menyantuni orang ramai ketika berkempen di kawasan DUN Stulang sempena PRN Johor ke-16.

JOHOR BAHRU - Biarpun bergelar warga emas dan menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Lim Chin Eng, 73, tidak melihat usia sebagai penghalang.

Beliau yang merupakan Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Johor Bahru berkata, pengalaman hidup yang dimilikinya merupakan kelebihan berbanding calon-calon lain.

Katanya, minat untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat tidak pernah pudar.

"Saya mahu bina jambatan perhubungan antara pengalaman dan idea individu berusia dengan kesihatan, kecergasan dan juga kreativiti anak muda. Itu gabungan terbaik untuk memajukan sesebuah kawasan.

"Medan pilihan raya bukan pertandingan usia, siapa lebih muda atau siapa lebih tua, tetapi sebaliknya ia adalah siapa wakil rakyat yang boleh bekerja dan membawa perubahan positif dikawasan mereka

"Saya tahu majoriti pengundi DUN Stulang terdiri daripada golongan muda. Strategi saya adalah untuk turun ke bawah, dengar suara pengundi dan adakan sesi dialog terbuka bagi membolehkan komunikasi dua hala.

"Saya mahu jadi wakil rakyat yang sentiasa mendengar dan bekerja bersama generasi muda, saya sedar tidak tahu semua perkara, jadi saya perlu dengar suara mereka," katanya ketika ditemui semasa kempen di sekitar Dun Stulang di sini pada Khamis.

**media[3568760]**

Chin Eng merupakan calon tertua daripada keseluruhan 172 calon akan bertanding merebut 56 kerusi DUN pada ini juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Menyentuh mengenai perjalanan kempen tanpa bantuan jentera Pas, Chin Eng berkata, kempennya berjalan dengan baik setakat ini.

Katanya, beliau telah menggerakkan seramai 30 jentera untuk menyantuni seramai mungkin pengundi berbilang kaum di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu ini.

"Setakat ini kekuatan jentera kita di DUN Stulang adalah seramai 30 orang yang aktif menggerakkan kempen setiap hari. Jentera daripada Pas memang tidak nampak walau seorang pun yang hadir untuk membantu.

"Tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus mendekati seramai mungkin pengundi di sini untuk memaklumkan tawaran kami kepada mereka, iaitu wakil rakyat yang akan mengangkat suara akar umbi ke peringkat negeri, dan lebih tinggi," katanya.

Chin Eng berdepan saingan empat penjuru di DUN berkenaan bertembung dengan penyandang kerusi tersebut iaitu Andrew Chen Kah Eng yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Selain Bong Seng Heng mewakili Barisan Nasional (BN) serta Stanley Tan Boon Heng mewakili Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved