
Kota Kinabalu: Jentera Parti Gerakan Rakyat Sabah (PRGS) diingatkan supaya tidak leka dengan pencapaian yang ada berikutan tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 sudah semakin hampir.
Ketua Wanita PRGS, Datuk Redonah Bahanda berkata, sebagai parti yang menyandang kerajaan, seluruh jentera perlu sedar bahawa mereka memikul tugas dan tanggungjawab besar mempertahankan parti.
Menurut beliau, setiap jentera harus bergerak secara proaktif mendekati akar umbi memberi penjelasan apa sahaja isu yang timbul selain mendapatkan maklum balas mengenai masalah dan keperluan rakyat.
“PRN sudah semakin hampir dan kita sebagai jentera parti tidak boleh lagi leka hanya kerana kita berada di pihak kerajaan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Hakikatnya berada di pihak kerajaan lebih sukar untuk mempertahankan pencapaian yang ada memandangkan pembangkang boleh bercakap dan berjanji mengenai apa sahaja walaupun realitinya mereka tidak mampu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PGRS Bahagian Kepayan di sini pada Sabtu.
Hadir sama Ketua Bahagian PGRS Kepayan Datuk Dr. Stephen Jacob Jimbangan, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Emmy Datuk Martin Idang, Penolong Setiausaha Gagasan Rakyat, Fahzean Mohiddin, Exco Wanita Gagasan Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Ketua Wanita Gagasan Likas, Halizah Din serta ahli jawatankuasa bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis PGRS Kepayan.
Redonah yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bandau berkata, setiap program di peringkat akar umbi tidak boleh dilaksanakan secara one-off sahaja sebaliknya perlu ada susulan termasuk memperkasakan program yang telah disempurnakan.
“Kita juga perlu sentiasa berpegang kepada prinsip bekerja sebagai satu pasukan dan bukan bergerak secara sendiri-sendiri.
“Tanpa pasukan yang mantap tidak mungkin kita mampu melaksanakan gerak kerja dengan baik.
“Begitu juga tanpa pasukan tidak mungkin kita dapat menahan asakan-asakan parti lawan yang sentiasa cuba mencari kelemahan kita. Mereka hanya bekerja mencari kelemahan sedangkan kita sebagai kerajaan bekerja membela nasib dan masa depan rakyat,” ujar beliau.
Katanya lagi, tanpa jentera yang berkesan, sukar bagi kerajaan untuk memberi kefahaman jelas kepada rakyat di peringkat akar umbi khususnya mengenai isu-isu berkaitan dengan ekonomi, kestabilan dan keselamatan.
“Rakyat perlu memahami betapa pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
“Bukan semua parti boleh menjadi kerajaan dan bukan semua orang boleh memimpin dengan baik.
“Rakyat perlu dijelaskan bahawa pimpinn kerajaan hari ini sudah mempunyai trek rekod yang baik dan mesti disokong serta diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan secara stabil, aman dan berkesan,” tambah beliau.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
