Jentera rasmi PN Kalabakan – Tawau dilancar tidak lama lagi

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 10:01 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Jentera rasmi Perikatan Nasional (PN) Kalabakan - Tawau bakal dilancarkan dalam masa terdekat sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka semakin hampir.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kalabakan Ahmad Dullah mendedahkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelancaran Jentera PN Tawau-Kalabakan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ahad.

Beliau berkata mesyuarat itu merupakan langkah awal persiapan PRN17 dengan pelancaran rasmi jentera PN yang memberikan tumpuan kepada struktur jentera Dewan Undangan Negeri (Dun), Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan penyelarasan kawasan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Mesyuarat ini bukan sekadar penyelarasan gerak kerja tetapi tanda kesatuan dan kesiapsiagaan Pas dan Bersatu untuk tampil bersama dengan tawaran yang lebih segar dan berintegriti kepada rakyat Sabah.

“Kita mahu rakyat melihat bahawa PN bukan sahaja bersedia dari sudut organisasi tetapi turut hadir dengan keazaman untuk membawa perubahan sebenar.

“Tawaran kita adalah bertunjangkan kesejahteraan rakyat dan pentadbiran yang bersih,”katanya.

Mengulas lanjut Ahmad berkata pertemuan tersebut jelas mencerminkan hubungan yang semakin erat antara Pas dan Bersatu di lapangan sekali gus mengukuhkan semangat muafakat politik antara kedua-dua parti di bawah payung PN.

View Original Article