Jentolak Elektrik Komatsu Boleh Beroperasi Di Dasar Laut Secara Swapandu

TechnologyDigitalCars
13 Jan 2025 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kereta elektrik (EV) dan motosikal elektrik kini sudah menjadi norma harian di Malaysia dibantu oleh pelbagai inisiatif oleh kerajaan untuk menyokong penggunaannya. Tetapi terdapat juga permintaan untuk jentera elektrik untuk projek pembinaan yang lebih lestari. Di CES, Komatsu memperlihatkan prototaip jentolak elektrik yang bukan sahaja boleh beroperasi secara swapandu tetapi juga di dasar laut.

image is not available

Menurut Komatsu, setiap jentolak berkuasa elektrik ini dilengkapi bateri sebesar 450 kWh membolehkan ia beroperasi sehingga enam jam. Waktu pengecasan semula adalah sekitar 4 jam. Pada waktu ini setiap jentolak boleh beroperasi sehingga kedalaman 7 meter di bawah permukaan air. Terdapat perancangan untuk membolehkan ia beroperasi sehingga kedalaman 50 meter. Had terletak pada panjang antena kerana sistem GPS tidak beroperasi di bawah permukaan air.

image is not available

Mengapa jentolak bawah laut dibina oleh Komastu? Kerana mereka sudah mengeluarkan jentolak dengan kemampuan dua alam sejak 1970an lagi bagi memenuhi keperluan pembinaan projek pembinaan pesisir pantai untuk mengurangkan hentaman ombak, untuk menyelia kedalaman sungai dan pantai.

Jentolak ini akan diperlihatkan sekali lagi di Expo 2025 yang berlangsung di Osaka pada April depan.