Jepun belasah Indonesia 4-0

15 Nov 2024 • 11:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi pemain Indonesia dan Jepun dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno. Foto AFP

JEPUN membelasah Indonesia 4-0 untuk melebarkan penguasaan mereka sebagai pendahulu Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jumaat.

Indonesia yang menerima sokongan padu 70,000 penyokong di Stadium Gelora Bung Karno nyata gagal untuk menyaingi kualiti dimiliki Jepun yang cukup selesa mengawal permainan.

Kekalahan tersebut meletakkan Indonesia di kedudukan tercorot Kumpulan C dengan tiga mata daripada lima perlawanan.

Gol pasukan Samurai Biru itu hadir pada minit ke-35 menerusi jaringan sendiri pemain Indonesia Justin Hubner sebelum Takumi Minamino menggandakan kedudukan lima minit kemudian.

Jepun menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua hasil jaringan Hidemasa Morita pada minit ke-49 dan Yukinari Sugawara pada minit ke-69.

Jepun akan bertandang ke China pada Selasa dan sekiranya berjaya melakar kemenangan, mereka hampir untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026.

Hanya dua pasukan di kedudukan teratas mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan menempuh satu lagi pusingan kelayakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved