Jepun Benarkan 'Solo Traveller' Melancong Ke Sana Hujung Tahun Ini

WorldTravel
12 Sep 2022 • 4:02 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Ini ada berita baik untuk korang yang 'solo traveller' atau suka backpack seorang diri bila travel ke luar negara!

Jepun bakal membuka pintu sempadan negaranya kepada pelancong asing perseorangan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Memetik laporan rancangan Prime Fuji TV, wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Seiji Kihara memberitahu pihak Kerajaan masih dalam proses meneliti sebelum membenarkan lebih ramai pelancong asing bukan dalam kumpulan untuk masuk ke negara itu.

image is not available

Katanya, jumlah angka pelancong yang masuk ke Jepun ketika ini masih rendah sekitar lima peratus daripada jumlah pelancong masuk yang datang pada 2019, sebelum pandemik menyerang dunia.

“Perbincangan masih dijalankan bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida. Kami cuba membuka pintu sempadan untuk pelancong yang datang bersendiri secepat mungkin pada musim luruh atau selewat-lewatnya musim sejuk akan datang," katanya.

image is not available

Musim luruh di Jepun bermula sekitar penghujung Oktober dan musim sejuk pula akan bermula sekitar penghujung Disember 2022 hingga awal Mac 2023.

Sementara itu, Seiji Kihara memaklumkan dengan kehadiran jumlah pelancong yang ramai memasuki negara ini, kadar pertukaran Yen yang lemah berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini akan menjadi lebih kukuh di masa akan datang.

Terdahulu, hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula bermula 10 Jun lalu.

image is not available

Sumber: Astro Awani