Jepun Dan Holland Bersepakat Bersama Amerika Syarikat Untuk Mengehadkan Akses Kelengkapan Semikonduktor Kepada China

TechnologyDigital
30 Jan 2023 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Semikonduktor Cip

Perang perdagangan diantara China dan Amerika Syarikat nampaknya menampakkan dua lagi pihak yang sekufu bersama negara barat tersebut, iaitu Jepun dan juga Holland.

Perbincangan ini bermula tidak lama dahulu, selepas Amerika Syarikat mengehadkan penjualan kelengkapan pembangunan semikonduktor ke syarikat-syarikat di China, dimana mereka tidak boleh menjual kelengkapan yang membolehkan syarikat-syarikat tersebut untuk menghasilkan cip semikonduktor moden seperti 10nm dan kebawah.

Syarikat-syarikat ini kemudiannya mengadu kepada kerajaan tersebut mengatakan bahawa syarikat-syarikat sama diluar negara tersebut tidak dikenakan sekatan yang sama, dan selepas perbincangan tiga-hala ini berlaku, kedua-dua kerajaan ini nampaknya sepakat untuk mengenakan sekatan yang sama keatas China.

image is not available

Penambahan sekatan baru ini nampaknya akan menyukarkan lagi keadaan untuk China kerana walaupun negara tersebut sedang membangunkan teknologi litografi EUV mereka sendiri, ASML Holdings yang berpengkalan di Holland merupakan syarikat pembangun kelengkapan litografi yang membekalkan kelengkapan mengilang cip semikonduktor kepada syarikat-syarikat seperti TSMC, Samsung dan Intel.

Untuk Jepun pula, kerajaan tersebut telah mengehadkan perdagangan oleh syarikat-syarikat seperti Nikon dan Tokyo Electron.

Walaupun perkara ini dilihat akan menyebabkan isu dari segi kebolehan syarikat-syarikat China dalam membangunkan sektor teknologi semikonduktor mereka, ia berkemungkinan bahawa mereka sudahpun menyedari akan perkara ini dan akan terus membangunkan teknologi-teknologi yang diperlukan untuk memastikan kemandirian sektor teknologi mereka.