Jepun keluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi 6.6 pada skala richter

5 Oct 2023 • 3:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Agensi meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami awal Khamis untuk gugusan kepulauan Izu selepas gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik.

Gempa bumi berlaku pada 11 pagi waktu tempatan (10 pagi Waktu Malaysia) berhampiran Pulau Torishima pada kedalaman 10 kilometer (6.21 batu), Agensi Anadolu memetik lsaporan Kyodo News.

Pulau Torishima ialah sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak kira-kira 600 kilometer (373 batu) di selatan Tokyo.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, terdapat potensi tsunami setinggi satu meter melanda bahagian tertentu gugusan kepulauan itu sekitar 11.30 pagi (10.30 pagi waktu Malaysia). -Bernama