Jepun mempunyai masalah pengambilan gambar tanpa kebenaran oleh golongan kaki skodeng. Gambar wanita diambil tanpa kebenaran dari sudut-sudut aneh sehingga menyebabkan bunyi kamera tidak boleh dimatikan di negara tersebut. Walaupun suda terdapat undang-undang yang menghukum golongan ini, ia telah diperketatkan lagi kerana jumlah pelaku yang ditangkap meningkat mendadak.

RUU baharu membolehkan kaki skodeng yang ditangkap mengambil gambar tanpa kebenaran dipenjara sehingga tiga tahun atau denda 3 juta Yen (~RM 98,000). Terdapat juga klausa yang tidak membenarkan gambar atlet diambil di acara sukan bagi tujuan memenuhi keperluan seksual jurugambar. Sebanyak 5500 pesalah ditahan mengambil gambar atas tujuan seksual di Jepun pada tahun 2021 yang meningkat tiga kali ganda berbanding 2010.
Dengan adanya undang-undang yang lebih ketat diharap isu pengambil gambar tidak senonoh tanpa kebenaran akan dapat dikekang sebelum menjadi lebih serius.
