
Jepun Pertimbang Hantar Kapal Perang Ke Asia Barat - Kobayashi
Seorang penasihat dasar kanan Jepun memaklumkan kebarangkalian keputusan untuk Tokyo menghantar kapal perang bagi membantu melindungi laluan perkapalan minyak di Asia Barat adalah “sangat tinggi”, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump menggesa negara lain berbuat demikian.
AFP melaporkan ketegangan di rantau Teluk terus meningkat selama dua minggu selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
Konflik berkenaan sekali gus mengekalkan cengkaman konflik yang mendorong kenaikan harga minyak apabila Iran menghalang laluan strategik Selat Hormuz dan menyerang fasiliti tenaga di kawasan Teluk.
Selepas Trump berikrar bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat akan mula mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz tidak lama lagi, beliau meminta kerjasama daripada beberapa negara, termasuk Jepun pada Ahad.
Takaichi dijangka melawat Washington minggu ini
Ekonomi keempat terbesar dunia itu merupakan pengimport minyak kelima terbesar, dengan 95 peratus daripadanya datang dari Asia Barat, manakala 70 peratus melalui Selat Hormuz yang kini ditutup secara berkesan.
"Saya menilai kemungkinan untuk menghantar kapal Tentera Laut Jepun ke rantau ini sebagai sangat tinggi di bawah undang-undang Jepun sedia ada
"Dari segi undang-undang, kami tidak menolak kemungkinan itu, tetapi memandangkan konflik yang berterusan pada masa ini, saya percaya langkah itu perlu dipertimbangkan dengan penuh berhati-hati," ujar ketua dasar Parti Liberal Demokrat (LDP), Takayuki Kobayashi.
Minggu lalu, Takaichi menyatakan pada sesi parlimen bahawa ‘tiada apa yang telah diputuskan, termasuk keputusan untuk menghantar kapal perang Jepun ke Asia Barat bagi mengiringi kapal tangki.
Takaichi dijangka melawat Washington minggu ini untuk mengadakan rundingan dengan Presiden Trump, di mana pelbagai isu seperti keselamatan di rantau Asia Pasifik dan konflik di Iran dijangka menjadi antara perbincangan utama.
Baca juga: