Jepun sasar muncul kuasa besar AI global selepas AS dan China

WorldTechnology
26 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jepun sasar muncul kuasa besar AI global selepas AS dan China

TOKYO: Jepun menyasarkan untuk menjadi kuasa besar kecerdasan buatan (AI) global di kedudukan ketiga di belakang Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut laporan agensi berita Kyodo News memetik draf garis panduan dasar keselamatan ekonomi negara itu.

Garis panduan yang bakal dimasukkan ke dalam tiga dokumen utama dasar keselamatan berkenaan menggesa Jepun memainkan peranan peneraju di rantau Indo-Pasifik di tengah-tengah persaingan sengit pembangunan AI.

Dokumen itu turut menyeru Jepun membina autonomi AI sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Ia juga mencadangkan rangka kerja bagi melindungi data peribadi sensitif susulan beberapa siri insiden pencerobohan akses tidak sah sebelum ini.

Di sebalik persaingan strategik yang semakin memuncak antara Washington dan Beijing, garis panduan tersebut menekankan keperluan memperkukuh keupayaan pembangunan serta pengeluaran AI domestik.

Ia termasuk memperluas kerjasama dengan negara-negara sehaluan bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara atau syarikat tertentu.

Kerajaan Jepun juga akan melaksanakan pelaburan bersasar dalam bidang yang mampu memberi kelebihan daya saing kepada negara itu.

Ia termasuk pembangunan model asas bagi AI fizikal yang membolehkan mesin beroperasi secara langsung dalam dunia sebenar.

Mengambil iktibar daripada perang Russia di Ukraine, Tokyo turut merancang memperdalam kerjasama awam-swasta menerusi latihan simulasi bersama bagi menilai risiko terhadap sektor kritikal termasuk bekalan makanan dan tenaga seperti elektrik.

The post Jepun sasar muncul kuasa besar AI global selepas AS dan China appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved