Jepun Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing

WorldTravel
3 Jul 2025 • 3:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jepun Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing

Tokyo – Syarikat Penerbangan Jepun (JAL) melancarkan tawaran penerbangan domestik percuma kepada pelancong antarabangsa susulan peningkatan ketara jumlah pengunjung ke Jepun sejak musim luruh 2024, lapor Travel and Tour World.

Menerusi tawaran ini, pelancong antarabangsa yang tiba di Jepun boleh menikmati penerbangan percuma ke mana-mana 64 lapangan terbang domestik. Progam ini dilihat sebagai langkah mengagihkan kehadiran pelancong ke kawasan kurang dikenali selain bandar tumpuan seperti Tokyo dan Kyoto.

Bagi menikmati tawaran berkenaan, pelancong perlu menempah penerbangan antarabangsa dan domestik dalam satu tempahan melalui laman web rasmi JAL. Polisi bagasi yang ditetapkan kekal dua bagasi seberat maksimum 23 kilogram setiap satu bagi kelas ekonomi dan premium ekonomi.

Penumpang kelas perniagaan atau kelas pertama pula dibenarkan tiga bagasi seberat maksimum 32 kilogram setiap satu.

Menurut siaran media yang dikeluarkan JAL, hanya pelancong daripada Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Thailand, Singapura, Australia dan New Zealand disenaraikan layak menikmati tawaran ini. Begitu juga pelancong warga Vietnam, Filipina, Indonesia, India, China dan Taiwan.

Bagaimanapun, pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan China perlu membayar caj hentian sementara USD100 jika memilih untuk tinggal lebih 24 jam di destinasi pertama seperti Tokyo. Caj ini tidak dikenakan kepada pelancong dari Thailand, Singapura, Australia, New Zealand, Vietnam, Filipina, Indonesia, India dan Taiwan.

Langkah ini turut bertujuan menangani isu kesesakan pelancong di lokasi popular.

Di Kyoto, kawasan Gion mengenakan larangan memasuki lorong sempit dan mereka yang melanggar larangan tersebut boleh dikenakan denda 10,000 yen (RM293.36).

Mulai 1 Julai 2024, jumlah pendaki Gunung Fuji dihadkan kepada 4,000 orang sehari dengan bayaran masuk 2,000 yen (RM58.67).

Di Fujikawaguchiko, halangan dipasang berhampiran kedai serbaneka terkenal bagi mengawal kehadiran pelancong yang mengambil gambar Gunung Fuji.

Tawaran ini juga dilihat sejajar usaha kerajaan Jepun bagi menyebar luaskan hasil pelancongan ke kawasan luar bandar, sekaligus memupuk interaksi budaya lebih mendalam.

Setakat ini, tiada tarikh penamat bagi tawaran berkenaan.