Jepun & UK Jadi Dua Negara Pertama Alami Kemelesetan Di Tahun 2024

Business & Finance
16 Feb 2024 • 9:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jepun & UK Jadi Dua Negara Pertama Alami Kemelesetan Di Tahun 2024

Ekonomi Jepun dan United Kingdom (UK) kini dilapor memasuki fasa kemelesetan, lapor BBC dan AFP.

Menurut BBC, Jepun mengalami kemelesetan selepas ekonominya menguncup untuk dua suku berturut-turut.

Penguncupan ekonomi untuk dua suku berturut-turut, secara tipikalnya dianggap sebagai definisi kepada kemelesetan teknikal.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Matahari Terbit itu dilapor menguncup o.4 peratus lebih teruk daripada jangkaan dalam tempoh tiga bulan terakhir 2023, berbanding tahun sebelumnya.

Memetik BBC, keadaan itu berlaku selepas ekonomi negara berkenaan menyusut sebanyak 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

Dalam pada itu, data rasmi yang dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) pada Khamis juga menunjukkan UK kini memasuki fasa kemelesetan, lapor AFP.

KDNK UK dilapor menyusut sebanyak 0.3 peratus pada suku pertama 2023 selepas menguncup sebanyak 0.1 peratus untuk tiga bulan pertama tahun tersebut.

Ekonomi UK secara umumnya mendatar pada tahun lepas dengan pertumbuhan hanya 0.1 peratus, kejatuhan berbanding pertumbuhan 4.2 peratus yang dicatatkan pada 2022.

Jerman berkemungkinan akan mengatasi Jepun sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia

Dalam pada itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan Jerman akan mengatasi Jepun sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia.

Bagaimanapun, IMF hanya mengisytiharkan sebarang perubahan selepas kedua-dua negara menerbitkan laporan lengkap angka pertumbuhan ekonomi mereka.

Menurut Ahli Ekonomi, Neil Newman memaklumkan angka terkini menunjukkan ekonomi Jepun bernilai kira-kira $4.2 trilion pada 2023.

Manakala ekonomi Jerman pula bernilai $4.4 trilion pada tahun yang sama.

“Situasi ini berpunca daripada kelemahan Yen berbanding Dollar. Sekiranya Yen kembali pulih, Jepun boleh merampas posisi ketiga semula,” tambahnya lagi.

Menurut Timbalan Ketua IMF, Gina Gopinath, Jepun berpotensi kehilangan takhtanya selepas Yen jatuh kira-kira 9 peratus berbanding dolar AS tahun lepas.

Bagaimanapun, kelemahan Yen telah membantu meningkatkan harga saham beberapa syarikat terbesar Jepun.

Ia selepas situasi itu menjadikan eksport negara tersebut, seperti eksport kenderaan lebih murah di pasaran luar negara.

Sumber: BBC, AFP

View Original Article