
TAMBUNAN: Isteri Ketua Menteri, yang juga Pengerusi Mutiara GRS, Datin Seri Julia Salag, berkata pelbagai perkhidmatan disediakan pada program Jerayawara Kasih Keluarga Madani yang dilancarkan tahun lalu demi kesejahteraan hidup rakyat khususnya wanita.
Beliau berkata ini termasuk program pendidikan keluarga, Perkhidmatan Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN untuk menyediakan khidmat nasihat klinikal, pemeriksaan saringan kesihatan, dan pendaftaran saringan ujian memogram percuma kepada wanita yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
“Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu wanita lebih peka terhadap penjagaan kesihatan diri dalam aspek institusi kekeluargaan.
“Ia juga sebagai medan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengetahui masalah dan keperluan masyarakat di peringkat akar umbi khususnya wanita di luar bandar,” katanya ketika merasmikan program jerayawara sempena Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Sabah dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WcaRe) di Dataran Pisompuruan di sini Isnin lepas.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Julia berkata program antara LPPKN dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) tahun ini adalah kesinambungan penerokaan untuk menyokong kumpulan sasar di seluruh DUN selepas pelancarannya pada Mac 2022.
Menurutnya, pelaksanaan program yang bermula di Tuaran pada Mac tahun lalu telah menjelajah ke beberapa daerah termasuk Kota Belud, Tawau, Keningau, Ranau dan diteruskan tahun ini bermula di Tambunan bagi menyokong masyarakat di seluruh negeri.
Beliau memberitahu program itu adalah platform pintar untuk memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dalam ucapannya berkata inisiatif penganjuran program jerayawara itu dilihat sebagai kerjasama pintar yang mampu menjadi pemacu kepada kekuatan institusi keluarga yang tertumpu di daerah ini.
Katanya, ia juga platform antara LPPKN dan Mutiara GRS untuk memberi mereka pengetahuan dan pengalaman baharu dalam menguruskan hal keluarga.
“Sehubungan itu, penerapan Konsep Kasih Madani bertujuan memberi fokus kepada pemantapan perspektif institusi kekeluargaan di Malaysia khususnya di negeri ini,” katanya.
Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata program itu dilihat sebagai pemangkin dan platform untuk melaksanakan program di peringkat akar umbi agar masyarakat mendapat manfaat dan memahami konsep yang diperkenalkan.
Majlis tersebut turut dihadiri isteri Timbalan Ketua Menteri, Datin Seri Cecelia Edwin Kitingan, Pengarah LPPKN Negeri, Suszma Khairitszi Mamat, Pegawai Daerah, Sobitun Makajil, Ketua Pembangunan Masyarakat Tambunan, Alexius Kiob, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Mutiara GRS serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
