Jerebu beransur hilang bermula Jumaat ini

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu beransur hilang bermula Jumaat ini

PETALING JAYA – Keadaan jerebu rentas sempadan dijangka mula berkurangan mulai Jumaat ini (9 Oktober) susulan hujan lebat dan perubahan arah pergerakan angin apabila negara memasuki fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, fasa peralihan monsun dijangka bermula 9 Oktober dan berterusan sehingga penghujung Oktober 2026.

Permulaan fasa ini katanya, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei lalu.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sehingga menyebabkan hujan lebat dan kilat.

“Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat.

“Ia boleh berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, fenomena cuaca berkenaan berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Ia boleh disemak menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan atau hubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu beransur hilang bermula Jumaat ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved