Jerebu Berpanjangan Boleh Jejaskan Sperma & Kesuburan Lelaki – Pakar

EnvironmentHealth & Fitness
2 Sep 2026 • 7:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Jerebu Berpanjangan Boleh Jejaskan Sperma & Kesuburan Lelaki – Pakar

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sehingga ke hari ini (2 September), situasi jerebu di Malaysia dilihat masih berlarutan. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti udara dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), malah merosotkan kesihatan masyarakat.

15 Kawasan Rekodkan IPU Tidak Sihat

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 7 petang hari ini, sebanyak 15 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat. Antaranya di Sarawak, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Penurunan Isipadu Air Mani Berkait Dengan Pendedahan Kepada Jerebu Berpanjangan

Namun siapa sangka risiko pencemaran jerebu ini juga boleh memberi impak negatif kepada tahap kesihatan kesuburan golongan lelaki.

Pensyarah Kanan Biokimia dan penyelidik Biokimia Penuaan Otak dan Reproduktif, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Faizul Jaafar memaklumkan bahawa pendedahan lama kepada jerebu mampu menjejaskan kualiti sperma lelaki dan tahap kesuburan golongan tersebut.

Berdasarkan kajian terbaharu, penurunan isipadu air mani, kepekatan sperma dan motiliti keseluruhan serta peratusan sperma bermorfologi normal berkait rapat dengan pendedahan tinggi kepada pencemaran udara persekitaran luar.

Tambah beliau, pencemaran udara tahap tinggi juga berisiko membawa kepada peningkatan indeks pemecahan DNA sperma (DFI) kepada seseorang.

DFI Yang Tinggi Penanda Kerosakan Genetik Sperma, Boleh Jejaskan Kehamilan – Pakar

Memetik MalaysiaGazette, Dr Faizul berkata peningkatan DFI merupakan penanda kerosakan genetik sperma yang akhirnya boleh menjejaskan kesuburan dan proses kehamilan.

“Para penyelidik mengaitkan kesan ini dengan tekanan oksidatif yang dicetuskan oleh bahan pencemar dalam jerebu, terutamanya zarah halus PM2.5, ozon dan nitrogen dioksida.

“Bahan pencemar ini dipercayai merosakkan DNA sperma, di samping mengganggu proses penghasilan sperma atau spermatogenesis di dalam testis,” katanya.

Rider Penghantar Makanan Lebih Berisiko Berdepan Masalah Kualiti Sperma & Kesuburan – Pakar

Jelas pakar itu, proses pembentukan sperma mengambil masa lebih 70 hari. Oleh disebabkan itu, Dr Faizul berkata pendedahan berpanjangan kepada jerebu boleh memberi kesan secara kumulatif.

“Golongan yang bekerja dalam industri gig seperti pemandu motosikal Grab dan Foodpanda berkemungkinan berisiko lebih tinggi memandangkan mereka terdedah kepada udara tercemar dalam tempoh panjang setiap hari.

“Walaupun kajian khusus terhadap golongan ini masih diperlukan, pendedahan berterusan sebegini secara saintifik dijangka meningkatkan risiko penurunan kualiti sperma,” katanya.

Lebih 30% Lelaki Muda Mempunyai Kualiti Air Mani Yang Rendah

Lebih membimbangkan, berdasarkan kajian terbaharu, lebih 30% lelaki muda kini berdepan masalah kualiti air mani yang rendah.

“Ramai antara mereka kelihatan sihat dan cergas dari luar tanpa sebarang gejala dan berkemungkinan mandul tanpa disedari,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Faizul menasihatkan orang ramai supaya menyemak bacaan IPU selain mengurangkan aktiviti luar ketika jerebu dan memakai pelitup muka sekiranya perlu.

Sekadar info, IPU digunakan untuk mengenal pasti tahap kualiti udara di sesebuah kawasan. Secara umumnya, semakin tinggi nilai IPU, semakin tinggi tahap pencemaran dan risikonya terhadap kesihatan manusia.

Berikut adalah kategori bagi bacaan IPU:

  • 0 – 50: Baik
  • 51 – 100: Sederhana
  • 101 – 200: Tidak Sihat
  • 201 – 300: Sangat Tidak Sihat
  • 301 ke atas: Berbahaya

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Baca Artikel Berkaitan: Sarawak, N9 & Lembah Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ramai Rakyat Malaysia Bimbang Dengan Situasi Jerebu

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu, Kementerian Kesihatan Keluarkan 10 TIPS Jaga Kesihatan Semasa Jerebu

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved