Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

LocalEnvironment
22 Jul 2025 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ruang udara di sekitar Bandar Seremban kelihatan terjejas ekoran jerebu yang melanda sejak beberapa hari lalu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit adalah Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 155, Nilai (154), Johan Setia di Selangor (151) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (140).

Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.

Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang www.moh.gov.my. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved